Lindungi anak dari coronavirus

Lindungi anak dari coronavirus

Sehingga saat saya menulis ini, sebenarnya sudah 4 orang dikesan positif novel coronavirus di Malaysia. And yes, virus ini tidak pernah dijumpai pada manusia. Ini first time. Kita boleh lindungi anak dari coronavirus dengan beberapa cara.

Pihak KKM sendiri masih belum mengenalpasti bagaimana jangkitan berlaku atau bagaimana virus ini boleh transmitted from one person to another. Tetapi terdapat bukti bahawa penularan berlaku dari satu individu kepada individu yang lain. Oleh itu, sebaiknya kita berjaga-jaga.

Elakkan dari pergi ke lokasi yang ramai orang terutamanya kawasan yang mempunyai ramai pelancong dari negara penularan wabak iaitu China.

Pay more attention to your children. Mereka kecil dan tidak tahu apa-apa. Jangan bawa mereka ke tempat sesak jika tiada keperluan mendesak. Buat seperti apa yang dicadangkan oleh KKM

1) Cuci tangan dengan kerap

2) Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kadang.

3) Elak makan makanan separuh masak terutamanya daging, susu, telur dan sebagainya.

4) Tutup mulut bila batuk atau bersin.

5) Elakkan diri dari bersentuhan dengan orang yang mempunyai gejala. Apa gejalanya? Batuk, demam & kesukaran nafas.

Saya sebagai rakyat marhaen berharap kerajaan Malaysia mengambil perhatian penuh dan tindakan tegas mengenai perkara ini.

Semoga Allah melindungi kita semua.

Asybal Playschool provides opportunities for your child to develop emotionally, physically, socially and intellectually. Our Tagline is “Bright From the Start”.

Asybal Playschool always provides the best services and early education through the playschool & transit primary school package. This playschool provides a play-based program for 1 to 3 Years Old Child that experience a lot of creativity, discovery & learning through play.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *