Pengenalan – Asybal Playschool

Pengenalan – Asybal Playschool

PENGENALAN

Pencarian taska terbaik untuk si manja anda mungkin akan berakhir!

Pengenalan Asybal Playschool – taska yang tidak asing lagi di Negeri Bersejarah ini. Ditubuhkan pada tahun 2015 di Sungai Udang Melaka, kini Asybal Playschool semakin menyerlah dan mengorak langkah lebih maju dengan tertubuh dua lagi cawangannya iaitu di Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Lebih membanggakan sepanjang hampir 9 tahun memberikan tempat pembelajaran yang seimbang dan membina minda muda berkembang maju, Asybal Playschool telah berjaya mendidik lebih 500 kanak-kanak di bawah penyeliaan guru-guru taska terlatih, professional dan berkaliber.

Disebabkan inilah para ibu bapa tidak ragu-ragu dan terus percaya untuk memilih Asybal Playschool sebagai medan pembelajaran awal anak-anak mereka. Ini kerana mereka tahu, kami mampu memberi yang terbaik untuk pembangunan emosi, fizikal, sosial dan intelek anak-anak.

Gagah berdiri dengan moto “Bright from The Start”, Asybal Playschool berikrar untuk terus menjadi wadah pendidikan awal kanak-kanak terbaik di Melaka pada hari ini dan masa hadapan. Insya-Allah.

FALSASAH ASYBAL PLAYSCHOOL

Kami di Asybal Playschool menawarkan persekitaran bermutu untuk kanak-kanak dengan menjadikan Tauhid (Keesaan epada Allah SWT) sebagai asasnya. Asybal Playschool menawarkan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran berdasarkan a semi-structured play environment.  Oleh yang demikian, setiap kanak-kanak merupakan individu unik dan membesar mengikut potensi mereka sendiri.

KEUTAMAAN ASYBAL PLAYSCHOOL

Selain memberi perkhidmatan jagaan, Asybal Playschool turut memberi pelbagai keutamaan untuk pembangunan fizikal dan rohani kanak-kanak. Antaranya:

  1. Islamiyyat – Mencari manfaat untuk dunia dan akhirat. Anak-anak diajar dan diperkenalkan dengan asas kepada Tauhid, adab & nilai, doa-doa harian serta sirah Nabi SAW.
  2. Indoor playhouse – Dengan bermain, Asybal Playschool percaya kanak-kanak anak akan menjadi lebih kreatif, meningkatkan daya imiginasi serta dapat bergaul mesra Bersama rakan-rakan mereka yang lain.
  3. Outdoor playhouse – Pelbagai jenis aktiviti luar kami perkenal dan ketengahkan bagi membantu kanak-kanak membesar dengan lebih cergas selain membina keyakinan dalam diri mereka.
  4. Aspek Keselamatan – Di Asybal Playschool, keselamatan kanak-kanak mengatasi segalanya. Oleh itu pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), pintu keselamatan tangga (baby safety gate), pemadam api, tangga kecemasan dan lain-lain. Semua peralatan ini diperiksa dari semasa ke semasa bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik apabila digunakan kelak.
  5. Kelas yang menyeronokkan dan selesa – Setiap cawangan Asybal Playschool dilengkapi penghawa dingin (air conditioner). Ini akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak selain kelas pembelajaran bertema dan berwarna-warni.

PERKHIDMATAN

Sepertimana yang kami janjikan, Asybal Playschool sentiasa bersedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan pendidikan awal kanak-kanak terbaik melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Antaranya:

  1. Pakej playschool
  2. Pakej primary transit

PAKEJ PLAYSCHOOL

Pakej ini terbahagi kepada dua:

  1. Pakej Asybal Adore
  2. Pakej Asybal Super

PAKEJ ADORE

Ringkasan untuk pakej ini adalah seperti berikut:

Hari persekolahanIsnin – Jumaat
Masa7.00 pagi – 3.00 petang
Usia10 bulan – 4 tahun

PAKEJ SUPER

Ringkasan untuk pakej ini adalah seperti berikut:

Hari persekolahanIsnin – Jumaat
Masa7.00 pagi – 5.30 petang
Usia10 bulan – 4 tahun

PAKEJ PRIMARY TRANSIT

Ringkasan untuk pakej ini adalah seperti berikut:

Hari persekolahanIsnin – Jumaat
Masa1.00 tengah hari – 5.30 petang
Usia4 tahun – 12 tahun

Bagi kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun, Asybal Playschool menyediakan program berasaskan permainan yang merangkumi pelbagai jenis aktiviti yang melibatkan kreativiti, discovery serta pembelajaran melalui permainan.

Antaranya seperti backyard play (outdoor activity), music & movement activity, story telling dan lain-lain. Lagi menarik, hampir setiap bulan Asybal Playschool akan mengadakan program Role Play yang mana anak-anak diberi peluang untuk merasai sesuatu pengalaman menarik lagi luar biasa seperti gardening, airplane, Merdeka Walk dan sebagainya. Malah ibu bapa juga digalakkan untuk sama-sama menyertainya!

Serba sedikit pengenalan dan program kami. Jom jadi sebahagian daripada keluarga Asybal Playschool!

Call : 019-6008564 @ Whatsapp kami.

Emel: admin@auladmusleh.com

Website: www.asybalplayschool.com

Berikan anak anda hadiah pendidikan awal luar biasa yang meletakkan asas untuk kejayaan seumur hidupnya.

#AsybalPlayschool #BrightFromTheStart #BestInTownPlayschool #TaskaTerbaikMelaka #NurturingYoungMinds

Asybal Playschool provides opportunities for your child to develop emotionally, physically, socially and intellectually. Our Tagline is “Bright From the Start”.

Asybal Playschool always provides the best services and early education through the playschool & transit primary school package. This playschool provides a play-based program for 1 to 3 Years Old Child that experience a lot of creativity, discovery & learning through play.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *