Tips Memilih Taska Terbaik

Tips Memilih Taska Terbaik

Memilih taska terbaik semestinya menjadi salah satu kriteria utama bagi ibu bapa sebelum mereka merancang menghantar anak-anak mereka ke taska. Apabila kita memilih taska yang baik, ia secara tidak langsung memberi kesan yang besar untuk perkembangan awal anak-anak termasuklah pengalaman pembelajaran mereka. Jom ikuti kami dalam perkongsikan tips memilih taska terbaik.

Tips menarik untuk memilih taska :

  1. Rancang Lebih Awal – Pastikan anda membuat perancangan awal sebelum menghantar anak ke taska. Ini akan memberi anda masa yang cukup untuk buat sedikit kaji selidik berkenaan taska yang dipilih.
  2. Lokasi – Kami pasti ibu bapa akan mengambil kira dua perkara ini sebelum memilih taska. Pertama, berdekatan dengan kediaman. Kedua, berdekatan dengan tempat kerja. Pemilihan lokasi yang bijak akan menjadikan penghantaran dan pengambilan anak setiap hari akan jadi lebih mudah dan tidak membazir masa.
  3. Reputasi – Carilah taska yang mempunyai reputasi yang baik selain mendapat ulasan positif daripada ibu bapa yang lain. Anda boleh rujuk Google Review sebagai contoh untuk dapatkan ulasan yang dikehendaki.
  4. Ada lesen dan akreditasi – Pastikan taska tersebut mempunyai lessen dan mematuhi peraturan yang diperlukan terutama bab-bab keselamatan, kebersihan dan kurikulum. Akreditasi daripada organisasi Pendidikan seperti Jabatan Pendidikan Negeri dan lain-lain adalah petanda positif bahawa taska tersebut beroperasi secara sah.
  5. Kurikulum – Sebagai ibu bapa anda boleh tanya tentang kurikulum dan pendekatan pengajaran yang digunakan taska terbabit. Kurikulum lengkap yang merangkumi pembelajaran berasaskan permainan, pembangunan kemahiran sosial dan aktiviti yang sesuai dengan umur adalah sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak.
  6. Staf Berkelayakan – Anda boleh semak kelayakan dan pengalaman tenaga pengajar di taska terbabit. Ini kerana guru terlatih boleh memahami perkembangan kanak-kanak selain peranan penting dalam memupuk tumbesaran kanak-kanak.
  7. Nisbah Guru – Murid – Anda juga boleh tanya tentang nisbah guru – murid di taska yang dipilih. Nisbah yang lebih rendah membolehkan guru memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada murid.
  8. Aspek Keselamatan – Pastikan taska yang dipilih itu mempunyai langkah keselamatan yang betul. Pintu laluan kecemasan, ada alat pemadam api serta protokol Ketika berlaku kes-kes kecemasan.
  9. Tahap Kebersihan – Tiada siapa yang suka tempat yang kotor. Oleh yang demikian, carilah persekitaran taska yang bersih adalah penting demi kesihatan anak-anak.
  10. Lawatan Percubaan – Anda boleh buat lawatan percubaan ke taska ketika mereka sedang beroperasi. Pun begitu, mintalah izin dahulu daripada pengendali taska akan lawatan percubaan ini.  
  11. Penglibatan Ibu Bapa – Ciri-ciri taska yang aktif adalah, mereka sentiasa mahu libatkan ibu bapa dalam program yang dianjurkan seperti mesyuarat bulanan, bengkel keibubapaan, sukan dan lain-lain.
  12. Keselesaan Kanak-kanak –  Perhatikan tahap keselesaan anak anda semasa lawatan. Suasana yang mesra kanak-kanak dan memupuk adalah penting untuk kesejahteraan mereka.
  13. Percaya Pada Naluri Anda – Sekiranya anda boleh rasakan aura positif dan perhubungan yang baik antara anda dan pihak taska, kemungkinan taska tersebut sesuai untuk anak anda teruskan pembelajaran di situ.
  14. Yuran Dan Polisi – Anda perlu faham sebaik mungkin tentang struktur yuran, dasar pembayaran atau sebarang caj tambahan yang dikenakan pihak taska. Selain itu anda juga boleh semak dasar taska berkenaan hari sakit, cuti dan masa tambahan.
  15. Pelbagaikan Pilihan – Kalau boleh anda jangan terlalu cepat berpuas hati dengan pilihan pertama. Anda boleh kunjungi beberapa lagi taska lain bagi membolehkan anda membuat perbandingan dan keputusan yang tepat.

Ketahuilah, anak-anak anda berhak mendapat Pendidikan yang baik dan selamat demi kesejahteraan masa hadapan mereka. Semoga sedikit sebanyak tips memilih taska terbaik yang kami kongiskan dapatlah membantu ibu ayah dalam membuat pertimbangan yang sesuai dengan keperibadian anak, keperluan dan keutamaan keluarga sebelum anda mengambil keputusan muktamad. Pilihlah taska berkualiti dan cemerlang. Pastinya Asybal Playschool!

Macam mana nak hubungi kami?

Call: 019-6008564 @ whatsapp

Emel: admin@auladmusleh.com

Website: https://asybalplayschool.com/

Asybal Playschool provides opportunities for your child to develop emotionally, physically, socially and intellectually. Our Tagline is “Bright From the Start”.

Asybal Playschool always provides the best services and early education through the playschool & transit primary school package. This playschool provides a play-based program for 1 to 3 Years Old Child that experience a lot of creativity, discovery & learning through play.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *